RIYADH – Arab Saudi akan membuka semula kedutaannya di Qatar dalam masa beberapa hari lagi berikutan perjanjian memulihkan pertikaian antara kedua-dua negara pada minggu lalu.

“Kedutaan kami akan dibuka semula di Doha dalam masa beberapa hari selepas menyelesaikan prosedur yang diperlukan,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan semasa sidang media bersama rakan sejawatnya dari Jordan, Ayman Safadi.

Menteri itu berkata, negaranya ‘akan memulihkan sepenuhnya hubungan diplomatik dengan Qatar’, lapor agensi berita, Anadolu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memeterai perjanjian perdamaian dengan Qatar pada 5 Januari lalu untuk memulihkan pertikaian yang berlarutan selama tiga tahun.

Keempat-empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar pada 2017 dengan menuduh Doha menyokong keganasan.

Qatar menafikan tuduhan tersebut dengan menyatakan sekatan yang dikenakan merupakan cubaan untuk mencabul kedaulatannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast