LONDON – Peluru-peluru berpandu jarak jauh Iran jauh tidak jauh dari kapal komersial di lautan Hindi, malah ia jauh 100 batu (160 kilometer) dari kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Nimitz, lapor Fox News.
Para pegawai AS yang tidak mahu dikenali berkata, sekurang-kurangnya sebuah peluru berpandu jatuh 20 batu (32 km) dari kapal komersil.
Sekurang-kurangnya dua buah peluru berpandu balistik Iran meletup ketika ia mencecah permukaan laut, 100 batu dari USS Nimitz.
Serpihan peluru berpandu itu menuju ke semua arah, kata rangkaian televisyen berita AS itu.
“Kami telah menjangka pelancaran peluru berpandu itu,” kata seorang pegawai AS kepada Fox News, danĀ terdapat kebimbangan berapa rapat jarak peluru berpandu Iran akan jatuh pada masa akan datang.
USS Nimitz kekal berada di utara Laut Arab berikutan arahan yang dikeluarkan Presiden Donald Trump.
Pentagon mengubah fikiran dan mengarahkan USS Nimitz kekal di rantau itu pada awal bulan ini selepas ia meninggalkan Teluk dan dalam perjalanan pulang ke AS.
“Berikutan ancaran yang dikeluarkan pemimpin-peminpin Iran terhadap Presiden Trump dan para pegawai kerajaan AS lain baru-baru ini, saya telah mengarahkan USS Nimitz untuk berhenti rutin penempatannya,” kata Pamangku Setiausaha Pertahanan, Chris Miller pada 3 Januari lalu.
“USS Nimitz kini akan kekal ditempatkan di kawasan operasi Pemerintah Pusat AS,” katanya.
Pada ulang tahun memperingati pembunuhan Ketua Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani pada 3 Januari lalu, Iran berikrar akan membalas dendam terhadap kematian beliau. – Malaysia Gazette