Foto BWF News

KUALA LUMPUR – Beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terpaksa akur dengan gelaran naib juara Terbuka Thailand Yonex walaupun cuba melakukan kebangkitan pada final sebentar tadi di Bangkok, Thailand.

Pada aksi final menentang pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, V Shem-Wee Kiong tewas set pertama 16-21 namun bangkit memenangi set kedua dalam perlawanan mendebarkan 23-21 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.

Bagaimanapun, aksi cemerlang itu gagal diteruskan apabila mereka tewas 19-21 di set ketiga sekali gus memusnahkan harapan untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama lebih setahun selepas kali terakhir menjuarai Terbuka Taiwan pada September 2019.

Selaku juara, Lee Yang-Chi Lin membawa pulang hadiah wang tunai AS$74,000 (RM298,701) manakala V Shem-Wee Kiong AS$35,000 (RM141,277). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast