KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah waktu terbaik untuk membaiki jalan yang rosak kerana jumlah kenderaan kurang.
Justeru Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunakan masa ini untuk pemeriksaan dan membaiki jalan yang rosak di ibu kota.
“Sepanjang PKP, lazimnya jalan di bandar raya agak lengang terutama waktu malam. Saya mahu DBKL dan JKR ambil peluang ini dengan membuat pemeriksaan potholes dan terus membaikinya.
“Jangan pandang ringan keselamatan pengguna jalan Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
Baru-baru ini, isu kerosakan jalan hangat diperkatakan.
Malah terdapat beberapa kemalangan yang diakibatkan oleh keadaan fizikal jalan raya termasuk berlubang dan rosak.-MalaysiaGazette
Betul sgt2. Amik la peluang jalan lengang ni. Nak tunggu tahun baru cina baru nak buat mmg la sesak. Selalu sgt buat masa waktu org balik kerja. Heran betul planning camna. Engineer JKR tak mampu fikir diluar kotak ker? Kerja mcm robot ikut buku