KUALA LUMPUR – Sembilan buah keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada Khamis mungkin akan menerima bantuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seandainya layak dan mengikut kriteria golongan B40.
Menurut Pegawai Khas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M.U Raja permintaan oleh keluarga ini akan dipertimbangkan untuk mendapat rumah PPR jika mengikut syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kita ada sampaikan berita baik dari YB Timbalan Menteri bahawa mangsa kebakaran ini akan dipertimbangkan untuk mendapat rumah PPR ikut syarat ditetapkan DBKL.
“Kita juga telah melawat kawasan kebakaran di Lorong Sentul Pasar bagi kali kedua pada hari ini. Kita dalam proses dapatkan rumah-rumah ini ikut kekosongan serta mengikut syarat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Pada Khamis yang lalu kira-kira pukul 7 malam, rumah yang menempatkan sembilan buah keluarga di bekalang Pasar Sentul Kuala Lumpur hangus dijilat api.-MalaysiaGazette