KUALA LUMPUR – Semua pengedar sah dan pusat servis Volkswagen di seluruh negara kekal beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Volkswagen Passenger Cars Malaysia berkata, bagi memberi kemudahan kepada mereka yang lebih gemar berada di rumah, Volkswagen eShowroom dibuka 24 jam.
Malah, perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam radius 20 kilometer dari pengedar yang pelanggan pilih adalah percuma.
Menurutnya, semua pusat servis Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan inisiatif ‘Safe Hands’ yang ketat merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, taklimat video, sanitasi sebelum dan selepas servis, bayaran tanpa tunai menerusi e-invois serta pengambilan kenderaan tanpa sentuhan.
Para pemilik dinasihatkan supaya menempah slot servis mereka secara dalam talian.
Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan juga terus beroperasi dan jika ada kecemasan, hubungi sahaja talian bebas tol 1800-88-2389. – MalaysiaGazette