Daging Merah Loqstaq merupakan menu popular di Kedah sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Anda masih buntu mencari kedai kedai makan dengan harga berpatutan dan sedap di sekitar Lembah Klang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini?

Apa kata kali ini, anda mencuba menu Daging Merah Loqstaq yang bakal pilihan yang tepat selepas ini apatah lagi turut menjadi tumpuan golongan selebriti sejak beroperasi.

Dengan resipi asli dari Alor Setar Kedah, restoran itu menampilkan pelbagai pilihan set nasi dengan harga bermula dari RM7 hinggalah paling mahal RM18.

Lebih membuatkan kecur air liur, set nasi daging merah yang berharga RM8 merupakan menu pilihan pelanggan setia dengan banjiran gulai dalca Kedah dan rasa air asam yang enak.

Pelanggan yang menggemari menu yang banyak boleh memilih Set King iaitu campuran tiga jenis lauk seperti daging merah, ayam goreng berempah atau ayam goreng kunyit dan ikan kembong bakar atau ikan keli sambal dengan hanya RM18 sahaja.

Mengimbas sejarah, restoran Daging Merah Loqstaq merupakan cawangan Nasi Azmi Jalan Sultanah di Alor Setar, Kedah yang telah beroperasi awal 90-an dan  telah diberi penjenamaan semula kerana mempunyai peminat yang ramai sejak dahulu dan antara mereka kini menetap di Lembah Klang.

Menu campuran tiga lauk berharga RM18.

Justeru bagi mereka tinggal di sekitar Damansara, Mont Kiara, Jalan Duta, jangan gundah gulana kerana menu ini kini boleh ditempat melalui aplikasi GrabFood, Foodpanda, DeliverEAT & BungkusIT.

Restoran Daging Merah Loqstaq yang kini beroperasi di Ibu Pejabat Mutiara Damansara dengan hidangan sarapan pagi seawal 7:30pagi dengan menyediakan aneka roti canai seperti roti sarang burung dan roti nutella pisang ala Krabi.

Menu yang tunggu-tunggu iaitu set nasi mula dijual dari pukul 10:30 pagi hingga  6petang setiap hari

Sementara itu, cawangan di Bangunan Darul Ehsan Seksyen 14 Shah Alam pula menhidangkan pelbagai pilihan lauk campur masakan Kedah iaitu hampir 25 jenis lauk pauk menanti pelanggan setiap hari Isnin hingga Jumaat dengan harga yang mesra pelanggan.

Antara menu lauk campur yang menjadi kegemaran ramai adalah gulai ikan Kedah, ayam kamheong, keli sambal penyet dan juga daging merah.

Restoran ini juga menyediakan khidmat penghantaran ke mana sahaja lokasi di dalam Lembah Klang dengan caj penghantaran adalah RM1 untuk satu kilometer.

Namun dingat setiap pesanan mesti dibuat satu hari sebelum penghantaran beserta bayaran penuh melalui perpindahan atas talian.

Zuan Azmi.

Sebelum PKP dilaksanakan, Restoran Daging Merah Loqstaq beroperasi di tujuh lokasi berbeza di Lembah Klang dan Kedsah namun akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 hanya tiga cawangan di Lembah Klang kini dibuka dan satu di Alor Setar masih menjalankan operasi.

Pemiliknya, Zuan Azmi telah membuka cawangan pertama di Kampung Sungai Penchala pada 15 Febuari 2016 dengan niat untuk meneruskan legasi arwah ayahnya.

Bekas penerbit dan wartawan penyiaran TV3 nekad mengambil keputusan berhenti kerja pada penghujung tahun sama untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini sehingga kini.

Selain turut bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan, bergelar sebagai aktivis Zuan turut membantu golongan gelandangan dan miskin tegar menerusk Gerakan Infaq Jom Buat Pahala.

Bagi yang inin menempah menu Daging Merag Loqstaq termasuk katering, boleh layari Facebook dan Instagram : Daging Merah Loqstaq atau hubungi talian 016-2670676. – MalaysiaGazette