Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas menangguhkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang (RUU) 355 ke Parlimen kerana menghormati keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat politik.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, RUU 355 merupakan kerjasama antara UMNO dan Pas ketika UMNO menjadi kerajaan sebelum ini.

Katanya, langkah untuk melaksanakan RUU tersebut bukanlah mahu menyeksa atau memalukan pelaku yang melakukan jenayah syariah, sebaliknya ia hanya mahu memberi pengajaran dan keinsafan agar perkara sama tidak dilakukan pada masa akan datang.

“Undang-undang ini memerlukan majoriti mudah (untuk diluluskan di Parlimen). Ia memerlukan kelebihan sekurang-kurangnya satu undi.

“Malangnya dalam UMNO tak cukup, tak semua sokong. Bila tak cukup maka kita sekadar dapat kemukakan bacaan kali yang kedua sahaja. Tak diundi lagi, kerana kalau nak diundi kena bawa usul sekali lagi,” katanya pada Program bual bicara bertajuk “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita” anjuran Majlis Profesor Negar (MPN) yang dibuat secara virtual, hari ini.

Beliau ditanya sama ada Pas akan tetap berjuang membawa RUU tersebut untuk dilaksanakan ketika partinya menyertai Perikatan Nasional.

Abdul Hadi berkata, UMNO bersetuju dengan RUU tersebut namun ia tersekat apabila tiba di peringkat pengundian ekoran tidak cukup undi untuk membolehkannya diluluskan.

“Jadi sekarang ini bagi kita, ia perlu ditangguhkan, kita tumpu kepada darurat dahulu kerana ini sangat penting kepada kita.

“Sebab dalam undang-undang Islam benda penting boleh ditangguhkan dahulu kerana darurat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Haishh.. Brljawan semua boleh sokong x kan ruu ni depa x sokong kot.. Jgn buat alasan boleh tak… Dh jd kerajann kan

  2. Alamak..baru semalam jadi kerejaan.. pas tu terus darurat… tak dan nak up ruu355.. hoi pi mampus la.. kalau dah kaki pembohong tak yah nak gempakla.. ulamak terompah kaki tunggang agama.. dulu aku respek time aruah fadhil n tg nik aziz… la ni naik menyampah tgk muka korang…

Comments are closed.