Powerme realme yang baru dilengkapi dengan pengecasan QC & PD 18W 20000mAh yang menyokong pelbagai peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.

KUALA LUMPUR – Hampir semua orang yang memiliki peranti pintar akan mengalami gangguan bateri cepat habis dan kuasa menjadi lemah.

Justeru mereka yang mempunyai peralatan elektronik yang menggunakan internet sememangnya memerlukan pengecas mudah alih sepanjang masa.

Di Realme Malaysia, Real Power 20000mAh 18W Power Bank yang baharu mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

Powerme realme yang baru dilengkapi dengan pengecasan QC & PD 18W 20000mAh yang menyokong pelbagai peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.

“Power bank ini terdiri daripada 14 lapisan perlindungan litar untuk pengguna mengecas secara bebas di mana-mana sahaja,” kata satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, ia mempunyai Mod Arus Rendah Untuk Peranti AIoT yang memastikan jangka hayat bateri yang lebih lama pada peralatan elektronik pintar anda.

Daripada reka bentuk, permukaan power bank timbul dengan 10 ribu jalur mikro, membentuk tekstur grid yang unik.

Mereka berminat kini boleh mendapatkan Power Bank 20000mAh 18W yang akan dijual pada harga RM149 melalui penjualan  pada 23 Januari ini daripada semua penjual yang sah.- MalaysiaGazette