LONDON – Pemain tengah Manchester United, Fred berkongsi pengalaman dirinya ketika musim pertama menyertai dengan Manchester United.
Menurutnya, di awal karier bersama The Red Devils itu merupakan tempoh yang sukar untuk dia lalui.
Fred mendedahkan pelbagai tekanan yang harus dihadapi termasuk dilabel sebagai pembelian yang gagal.
“Musim pertama saya itu adalah tempoh yang sangat sukar, saya rasa banyak pemain juga pernah mengalami hal itu.Saya banyak bergelut pada musim pertama saya.
“Saya tahu daripada apa yang mereka bayar untuk mendapatkan saya terselit ada harapan besar yang perlu saya tanggung”
“Saya sukar menghadapi banyak kritikan dari media dan peminat tetapi saya selalu memotivasi diri dan terus berusaha. Saya tidak pernah menyerah.
“Saya juga pernah dinilai sebagai pembelian gagal. Tetapi perlahan-lahan saya dapat membuktikan kualiti dan inilah hasil kerja keras. Sekiranya orang mengkritik anda, anda hanya boleh terus berjuang” ujarnya seperti dilaporkan oleh Goal.
Pemain dari Brazil ini agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan suasana kelab barunya malah ersembahannya tidak konsisten di awal kariernya dengan United.
Tidak menghairankan, pada masa itu Fred bukan pilihan pertama pasukan. Namun secara perlahan bekas pemain Shakhtar Donetsk itu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi United. – MalaysiaGazette