LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui masa depannya tiada lagi dalam genggamannya memandangkan tekanan yang diterima semakin meningkat selepas pasukannya tewas 0-2 di tangan Leicester City awal pagi tadi.
Kekalahan tersebut menyaksikan Chelsea menghuni di tangga kelapan.
Kini persoalan timbul sama ada pemilik kelab, Roman Abramovich masih menaruh kepercayaan ke atas Lampard.
“Saya tak dapat mengawal keadaannya.
“Saya ditanya soalan ini sejak beberapa minggu lalu dan saya faham itu adalah harapan kelab sama ada ia betul atau salah.
“Saya mengambilalih tanggungjawab membimbing pasukan ini dengan menyedari bahawa pasukan sedang melalui saat yang sukar kerana ia bukan psukan yang boleh bersaing untuk gelaran musim ini, katanya sambil menambah Chelsea mempunyai ramai pemain muda.
Mengulas perlawanan awal pagi tadi, Lampard berkata, pemain perlu bertanggungjawab di atas kelekaan mereka di atas padang.
“Ada juga pemain yang tak beraksi baik seperti yang sepatutnya. Saya hanya bekas pemain, mereka yang sepatutnya menangani masalah,” tambah beliau. – MalaysiaGazette