Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)  selama tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 2021,
kepada peminjam yang layak.
Penangguhan itu dibuat berikutan terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
Lanjutan tempoh penangguhan ini akan melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan akan memberi manfaat kepada 72,747 bilangan akaun.
”KSM amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPK yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik Covid-19 selain bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru
ini.
”KSM berharap penangguhan bayaran ini yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPK,” katanya.
Menurut KSM, peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan email kepada [email protected] atau [email protected] dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my. – MalaysiaGazette