KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) sementara untuk penjagaan anak petugas barisan hadapan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemudahan itu diberi kepada lebih 1,000 anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas dalam pusat tersebut.
“Antara petugas barisan hadapan yang berada di sini, Kementerian Kesihatan (KKM), polis, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan penjawat awam lain.
“Mereka memerlukan taska yang dekat dengan anak-anak kerana kesemuanya bekerja lebih masa,” kata Amirudin selepas sesi taklimat dan lawatan kawasan PKRC Maeps 2.0 di Serdang.- MalaysiaGazette