.
Logo Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional.

KUALA LUMPUR – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional menawarkan Inisiatif Prihatin Banjir kepada usahawannya yang terkesan akibat banjir.

Inisiatif ini bagi meringankan beban usahawan yang mengalami kerosakan permis perniagaan dan stok barangan serta kediaman mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara kemudahan yang ditawarkan ialah moratorium sehingga enam bulan.

“Selain itu, usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

“Bagi usahawan TEKUN yang mengalami kerosakan premis perniagaan dan stok barangan, mereka boleh memohon pembiayaan bertindih untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas,” tambah beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, usahawan boleh mengemukakan permohonan di semua Pejabat TEKUN Cawangan dengan menyertakan dua  keping gambar premis perniagaan atau rumah yang terlibat bencana serta mendapatkan pengesahan Pegawai TEKUN di cawangan berdekatan.

“Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh berlakunya bencana banjir,” katanya.  -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast