Petugas barisan hadapan kepenatan selepas seharian bertungkus lumus mengekang wabak Covid-19.

KUALA LUMPUR – Seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan dan terlalu letih dengan beban kerja.

Kematian Dr Ali Noor Hassan tular di media sosial selepas dikongsikan oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerusi Facebook.

Dr Ali Noor juga merupakan ahli berdaftar skuad berkenaan.

SPJM memaklumkan Ali mulai jatuh sakit kerana kurang rehat sejak penularan Covid-19.

“Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya.

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

”Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” tulis SPJ.

SPJ berkata, arwah Ali merupakan seorang ahli khidmat dakwah.

Skuad itu menyifatkan pemergian itu sebagai satu kehilangan buat barisan hadapan yang komited bertugas.

Sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum memberikan pengesahan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.