M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengalihkan perhatian umum dengan menuding jari kepada MIC selepas pelbagai kritikan terhadapnya langsung tidak mengejutkan.

Malah tindakan membatalkan cuti umum sambutan Thaipusam di negeri itu yang kini mendapat kritikan akhirnya memakan dirinya sendiri sehingga menyebabkan Muhammad Sanusi terpaksa mencari ‘alternatif’ menyalahkan pihak lain terutamanya MIC.

Itu dakwaan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang merasakan Muhammad Sanusi semakin terpesong dan terdesak sehingga mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan berhubung pembatalan cuti umum Thaipusam di negeri Kedah.

“Saya memang tidak faham mengapa ada Menteri Besar seperti ini? Saya mohon pimpinan Pas untuk tolong ajar beliau terlebih dahulu menghormati sentimen serta sensitiviti agama masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Isu berhubung tiada cuti umum Thaipusam di Kedah sebenarnya telah menyebabkan umum khasnya masyarakat Hindu di negeri itu kecewa, terkilan sebenarnya.

“Kami di MIC pula untuk pengetahuan YB Menteri tidaklah menggunakan isu ini sebagai alat untuk agenda politik kami seperti dakwaan anda, soalnya kini siapa yang main politik di sini?

“Bukankah anda yang sedang bermain politik, mainkan sentimen seperti ini untuk tujuan menaikkan imej anda? Janganlah guna agama, kepercayaan atau kaum, itu hanya akan memporak-perandakan kita semua.

“Cadangan anda kononnya jika MIC mahu cuti umum minta ianya daripada kerajaan Persekutuan supaya dapat digazetkan adalah sesuatu yang tidak masuk akal bukan dalam masa begini singkat, tolonglah hentikan permainan politik kotor seperti ini,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada cuti Thaipusam di Kedah bukan nafikan hak penganut Hindu – MB Kedah

Terdahulu Muhammad Sanusi mengumumkan tidak akan ada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk makluman umum, Thaipusam merupakan cuti peristiwa untuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor namun negeri lain tidak membatalkan cuti berkenaan walaupun larangan sambutan itu turut dikenakan di negeri terbabit.

Bagaimanapun selepas ditegur Saravanan semalam tindakan kerajaan negeri itu tidak lebih daripada ‘keangkuhan’ semata-mata, Muhammad Sanusi pula mendakwa MIC sudah mula berjuang seperti DAP.

Kata Saravanan lagi, kenyataan itu langsung mencerminkan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar apatah lagi dimata masyarakat India itu yang juga pengundi di negeri itu.

“Tolonglah jangan cakap perjuangan MIC untuk masyarakat itu satu kebodohan atau berbaur perkauman. Kami sejak dulu sehingga bila-bila akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan masyarakat India.

“Jangan kamu lupa juga, selama ini MIC sentiasa mempunyai hubungan cukup baik dengan parti Pas namun ianya kini teruji kerana ada pemimpin seperti anda (Muhammad Sanusi).

“Anda yang seperti sudah hilang arah dengan kontroversi yang kamu sendiri cipta sejak semalam, anda yang batalkan cuti itu tanpa langsung memahami apa itu Thaipusam sebaliknya buat keputusan sewenang-wenangnya.

“Masyarakat India di negeri itu pastinya gembira cuti umum itu supaya masing-masing dapat bersembahyang dan melakukan ritual nazar untuk Dewa Muruga pada hari itu tetapi kini dibatalkan pula. Jadi siapa yang buat isu di sini?

Dalam pada itu Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia mencabar Muhammad Sanusi mendedahkan nama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India yang telah ditemui olehnya untuk berunding sebelum mengumumkan pembatalan tersebut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan Negeri Kedah angkuh – Saravanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Bikin cuti PKP sendiri raya Thaipusam dalam rumah kuil sendiri tanpa perlukan umum cuti PKP untuk raya Thaipusam di kuil tempat rapat umum. Give him a break, will ya?

  2. Engkau tak payah tunjuk pandailah. Orang ko bukan undi enkau pun. MIC/MCA adalah suara sumbang parti2 yg bangsa sendiri pun tak sokong… Buang ajalah nama race kat parti tu

  3. Negeri² lain yg tk ada pun cuti thaipusam kenapa hang tk bising.. Negeri Pahang contohnya tk ada pun bagi cuti.
    Tk payah dok menyalak la woii…

Comments are closed.