V Gunalan

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, tindak tanduk serta kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyebabkan persengketaan kaum.

Malah ketika negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19, pembatalan cuti umum perayaan Thaipusam yang cukup bermakna buat penganutnya oleh kerajaan negeri sesuatu tidak boleh diterima sama sekali.

Menurut Ketua Penerangan MIC, Datuk V Gunalan, pengumuman tersebut sebenarnya sudah menyebabkan warga Hindu di Kedah kecewa apatah lagi sikap Menteri Besar yang menjadikan masyarakat India sebagai sasaran sejak akhir-akhir ini.

“Adakah untuk sambutan dan perayaan lain yang mempunyai cuti umum akan Menteri Besar umum perkara yang sama kelak hanya kerana kini kita melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini?

“Sebelum ini juga ketika isu perobohan kuil di Kedah, segala macam kenyataan telah dikeluarkan tanpa memahami sensitiviti dan perasaan masyarakat India secara amnya.

“Kemudian isu cuti umum Thaipusam pula, masa itu juga apabila MIC menyoal lantang akhirnya beliau tuduh kami macam-macam, hari ini perkara sama diulang kembali olehnya.

“Sebenarnya kenyataan seperti ini tidak lebih daripada menyebabkan persengketaan, pergaduhan, ganggu gugat serta perasaan tidak harmoni antara semua kaum majmuk di negara ini.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila beliau adalah dalam kalangan pimpinan Pas yang juga bersama-sama MIC dalam kerajaan Persekutuan. Mengapa tidak boleh runding dan cakap elok-elok, mengapa perlu sehingga ke tahap ini” soalnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu Muhammad Sanusi mengumumkan tidak akan ada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini, kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun selepas ditegur Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan semalam tindakan kerajaan negeri itu tidak lebih daripada ‘keangkuhan’ semata-mata, Muhammad Sanusi pula mendakwa MIC sudah mula berjuang seperti DAP.

Gunalan turut menggesa pimpinan Pas untuk menegur Muhammad Sanusi daripada terus mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya sehingga mengeruhkan lagi keadaan selepas ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Ni semua amik peluang balas dendam tak puas hati kes roboh meroboh la ni sbnrnya. Benda dah explain pun Thaipusam tu cuti peristiwa, tp saja buat bengap. Oh maaf. Bukan buat buat tp mmg bengap. Kalau tak bengap, tentu dia dah nasihat dan buat roadtour bgtau kaumnya supaya ikut proses betul jika nak bina apa apa rumah ibadat. Dia lupa yg perilaku kaumnya sendiri yg cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Kedah dan negara. Lupa dah kes Bomba Adib? Ko lupa ker macha?

  2. Setiausaha Politik Sanusi, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pengkritik gagal memahami Kedah membuat keputusan itu atas faktor kesihatan awam dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

    “Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk CNY (Tahun Baru Cina). Hari raya puasa pun belum tentu dapat disambut, jika PKP masih dilaksanakan.

    “Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka bekerja dari rumah ketika PKP. Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja, terutamanya kumpulan ‘frontliners’.

    “Soalnya, kenapa pihak itu tidak serang kerajaan negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak (kerana tidak menyenaraikan Thaipusam untuk cuti peristiwa)?

  3. Di waktu rejim hindu pimpinan modi memerintah negeri dan negara India, agama Islam dihina dan umat Islam ditindas, disiksa, dirogol atau dibunuh dan masjid, kampung, kedai dan rumah umat Islam diserang dan dimusnahkan atau dibakar oleh puak pengganas, sami dan puak pelampau hindu dengan hasutan dan sokongan pihak berkuasa.

    Mengapa puak hindu di negara kita seolah-olah diam membisu tidak membantah atau mengutuk kezaliman rejim modi di India ?

    Bukankah segelintir dari mereka sanggup menjadi jurucakap @ barua rejim modi dengan menghasut rakyat membenci pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik dan dakwah Islam dan cuba menghalang dakwah Islam dengan mendesak kerajaan Msia menyerahkan Dr Zakir Naik kepada rejim modi yang bersikap ultra-rasis terhadap agama Islam dan umat Islam ?

    Keputusan Kedah tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tahun ini adalah keputusan yang bijaksana untuk mengawal dan mencegah wabak covid-19 yang sedang mengancam nyawa rakyat di Kedah dan di seluruh negara.

Comments are closed.