Dr. Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Datuk Xavier Jayakumar mendesak Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor segera meletakkan jawatan dan mendakwa pemimpin berkenaan tidak layak menerajui pentadbiran negeri itu.

Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, daripada isu pembalakan di Ulu Muda, pelombongan nadir bumi, pembelian kereta mewah ketika negara dilanda pandemik, kini Sanusi menunjukkan wajah sebenar kepada rakyat Malaysia apabila bertindak membatalkan cuti peristiwa sempena Thaipusam.

Beliau turut membangkitkan persoalan adakah keputusan tersebut melambangkan prinsip Pas untuk semua atau mahu menunjukkan kuasa apabila Menteri Besar itu memaklumkan keputusan yang sama akan dilaksanakan bagi perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan.
Katanya, keputusan membatalkan cuti perayaan Thaipusam itu amat mengejutkan dan tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini walaupun negara berdepan dnegan pandemik pada tahun lalu.
“Batalkan cuti umum hanya kerana masyarakat Hindu tidak ke kuil untuk Thaipusam adalah sesuatu yang langsung tidak boleh di terima sama sekali.
“Tindakan ini juga tidak lebih daripada membuktikan betapa kerajaan negeri diterajui oleh Pas ini angkuh, tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan orang lain.
“Tahun lepas tidak ada apa-apa cuti umum yang dibatalkan kerana pandemik, jadi apakah yang cuba dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ini?
“Nampak sangat Menteri Besar Kedah tidak faham apakah maksud Thaipusam yang sebenarnya, ini bukan sahaja sekadar perarakan dan berkumpul beramai-ramai di kuil sebaliknya Thaipusam juga adalah upacara sembahyang untuk Dewa Muruga.
“Ianya juga boleh dilaksanakan dalam rumah sama seperti Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya dalam laman sosial Facebooknya.
Semalam Muhammad Sanusi mengumumkan tidak akan ada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini, kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Xavier dalam nada provokasi mempersoalkan apakah sebenarnya niat Muhammad Sanusi membatalkan cuti umum Thaipusam.
“Adakah ini kerana masyarakat India di negara ini adalah minoriti?
“Saya ingin ingatkan anda, ini adalah negara majmuk yang rakyatnya berbilang kaum dan bangsa. Pastinya tindak tanduk ‘xenophobic’ seperti ini tidak akan dikompromi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sepatutnya kerajaan negeri kedah tumpukan kpd menggeledah mana2 kuil yg dibina di atas tanah kerajaan utk diambil tindakan.. barulah adil..

  2. Aiy yo yo tambi yenna dei. Siapa suruh bikin kuil sewenang-wenangnya. Ingat tanah ni uncle Modipreet punya ka?

  3. Itu prerogative MB lah. CM DAP/PH Penang dok pelan pelan halau MELAYU ISLAM dari pulau. Harga rumah tak dak satu pun yg MELAYU mampu beli. DAP/PH takkan nak ambik peduli MELAYU.

    Nak jaga penyokong engkau nak buat apa. Ujung2 PRU akan sokong geng kau jugak. Baik jaga hati penyokong penyokong yang pasti2 saja. DAP/PH ada jaga HATI DAN PERASAAN MELAYU ISLAM DI PENANG

Comments are closed.