Upacara Thaipusam pada tahun ini di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan, Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari menggesa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengembalikan cuti Thaipusam kepada golongan pekerja.

Menurut Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor, sambutan Thaipusam amat penting kepada pekerja penganut Hindu dan pemberian cuti kepada kaum pekerja adalah satu pengiktirafan bagi mereka.

“Cuti hari Thaipusam bermakna kaum pekerja tidak perlu memohon cuti tahunan untuk melakukan ibadat mereka.

“Ini adalah kemudahan yang perlu diberikan kepada kaum pekerja dan amalan yang perlu dipertahankan untuk keharmonian negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Muhammad Sanusi mengumumkan pembatalan cuti Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Kamarul, pihaknya melihat pembatalan cuti Thaipusam adalah langkah ke belakang dibuat oleh kerajaan Kedah untuk kaum pekerja.

“MTUC menyeru kepada ahli politik supaya tidak menjadikan cuti hari Thaipusam sebagai perdebatan untuk mendapatkan sokongan daripada kaum pekerja.

“Pemberian cuti Thaipusam tidak akan merugikan negara bahkan akan mewujudkan semangat menghormati antara agama selain keharmonian akan terus dipupuk,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Kenapa susah sangat mb Kedah nk bagi cuti peristiwa untuk Thaipusam. Bagilah ruang untuk kaum India di Kedah brcuti pada hari perayaan mereka. Jgn sampai rkyat mmberi tanggapan negatif trhadap pas atas sebab2 seperti ini. Mb kedah janganlah nk tunjuk ketegasan tidak brtempat. Kena ingat juga mb kedah ada beberapa isu lain sebelum ini. Jangan biarkan rkyat terus menolak yg sememangnya bukanlah kuat sangat.

  2. Setiausaha Politik Sanusi, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pengkritik gagal memahami Kedah membuat keputusan itu atas faktor kesihatan awam dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

    “Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk CNY (Tahun Baru Cina). Hari raya puasa pun belum tentu dapat disambut, jika PKP masih dilaksanakan.

    “Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka bekerja dari rumah ketika PKP. Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja, terutamanya kumpulan ‘frontliners’.

    “Soalnya, kenapa pihak itu tidak serang kerajaan negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak (kerana tidak menyenaraikan Thaipusam untuk cuti peristiwa)?

  3. Di waktu rejim hindu pimpinan modi memerintah negeri dan negara India, agama Islam dihina dan umat Islam ditindas, disiksa, dirogol atau dibunuh dan masjid, kampung, kedai dan rumah umat Islam diserang dan dimusnahkan atau dibakar oleh puak pengganas, sami dan puak pelampau hindu dengan hasutan dan sokongan pihak berkuasa.

    Mengapa puak hindu di negara kita seolah-olah diam membisu tidak membantah atau mengutuk kezaliman rejim modi di India ?

    Bukankah segelintir dari mereka sanggup menjadi jurucakap @ barua rejim modi dengan menghasut rakyat membenci pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik dan dakwah Islam dan cuba menghalang dakwah Islam dengan mendesak kerajaan Msia menyerahkan Dr Zakir Naik kepada rejim modi yang bersikap ultra-rasis terhadap agama Islam dan umat Islam ?

    Keputusan Kedah tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tahun ini adalah keputusan yang bijaksana untuk mengawal dan mencegah wabak covid-19 yang sedang mengancam nyawa rakyat di Kedah dan di seluruh negara.

  4. perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali….MIC dalam kerajaan mahu LANGGAR ARAHAN PKP 20…BEGITU juga MTUC?????

  5. Cuti Negeri
    2021 28 Jan Khamis Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N.
    Sembilan, Pulau Pinang, Perak,
    Putrajaya & Selangor KENAPA NAK SALAHKAN MB KEDAH?????

Comments are closed.