Baru sahaja mahu mencuba mencari rezeki dengan berniaga, Elvyana Sabanius dan suami, Ahmad Shafiq Ahmad Razali terpaksa menghentikan operasi kedai manisan yang diusahakan sejak empat bulan lalu.
Pasangan itu tidak lagi mampu membayar sewa premis yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam sebanyak RM3,000 sebulan dan dengan berat hati mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal semalam.