logo rtm

KUALA LUMPUR – Stesen radio Tamil, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan selama dua hari bermula hari ini dan esok ekoran seorang petugasnya didapati positif Covid-19.

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) RTM memaklumkan, petugas terbabit merupakan kakitangan di meja berita disahkan positif wabak itu 22 Januari lalu.

Katanya, pihak BKP telah mengemukakan maklumat tersebut kepada Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pengesahan kes dan seterusnya prosedur pengesanan kontak rapat di pejabat sedang dilaksanakan.

“Semua kontak rapat yang tersenarai diarahkan kuarantin wajib dirumah mulai hari ini 22 Januari 2021 selama 10 hari.

“Tarikh temujanji akan ditentukan oleh PKD Lembah Pantai bagi semua yang disenaraikan kontak rapat untuk membuat ujian swab, menerima surat kuarantin dan pemakaian gelang kuarantin wajib,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak jabatan akan mengatur sesi disinfeksi pejabat dalam masa terdekat dan sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu akan disampaikan melalui BKP jabatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast