LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard dipecat 571 hari menggantikan Maurizio Sarri.
The Blues mengambil keputusan mengejut itu selepas kelab terus terus dikritik apabila mempamerkan aksi terburuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Bekas pengurus Paris Saint Germain, Thomas Tuchel kini sedang berunding dengan pemilik kelab, Roman Abramovich.
Legenda Chelsea itu melakarkan 44 kemenangan daripada 84 perlawanan dan 25 kekalahan sementara 15 seri sejak menjadi pengurus Chelsea.
Chelsea menduduki tempat kesembilan dengan 29 mata menerusi 19.
Rentetan pemecatan Lampard, pemain diarahkan tidak perlu ke padang latihan hari ini.
Menurut satu kenyataan: “Kelab Bola Sepak Chelsea telah menamatkan kerjassama dengan Ketua Jurulatih Frank Lampard.
“Ia sememangnya satu keputusan yang berat dan sukar untuk diterima pemilik dan lembaga pengurusan kelab.
“Kami bagaimanapun berterima kasih kepada Frank (Lampard) atas segala kejayaan yang dicapai sepanjang bersama kelab,” katanya.
Tambah kenyataan itu, keputusan dan persembahan sejak akhir-akhir ini tidak menemui harapan dan piawaian kelab sehingga terkandas di tengah carta liga tanpa sebarang wawasan dan perkembangan positif.
Menurut kenyataan itu, setelah berbincang kelab membuat keputusan sudah tiba masanya ia memerlukan perubahan drastik untuk memperbaiki persembahan dan keputusan musim ini.
Sementara itu, Abramovich berkata, ia adalah keputusan berat yang terpaksa diambil demi kebaikan kelab ke atas bekas pemain yang sangat akrab dengannya.
“Dia (Lampard) seorang berintegriti, etika kerja yang tinggi. Bagaimanapun mengambil kira keadaan sekarang kami percaya ini masa yang sesuati untuk menukar pengurus.
“Bagi pihak kelab dan lembaga pengurusan, saya berterima kasih dengan Frank (Lampard) atas sumbangannya sebagai Ketua Jurulatih dan selamat maju jaya dalam kehidupannya.
“Dia sentiasa dialu-alukan ke Stamford Bridge,” ujar beliau. -MalaysiaGazette