KUALA LUMPUR – Ikea di Cheras ditutup selepas beberapa pengawal keselamatannya disahkan positif Covid-19.
Ikea Malaysia berkata, kali terakhir pengawal keselamatan terbabit bekerja pada 23 Januari lalu.
Susulan pengesahan itu, semua pengawal keselamatan Ikea Cheras menjalani kuarantin sehingga satu notis dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
Ikea Malaysia berkata, untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan, rakan niaga dan komuniti, gedungnya di Cheras ditutup pada hari ini bagi menjalani kerja-kerja sanitasi dan penjejakan kontak.
Katanya, pekerja yang menjadi kontrak rapat sudah pun menjalani ujian saringan dan dikuarantin. – MalaysiaGazette