Bantuan keperluan untuk lebih kurang 400 keluarga mangsa banjir berjumlah RM60,000 digerakkan hari ini menerusi Misi Bantuan Banjir Maran, Pahang.
Misi itu digerakkan dengan kerjasama Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegah Jenayah Malaysia dengan Komuniti Peniaga Acheh Zon Ampang sebagai peyumbang utama.
Menurut Timbalan Ketua Komuniti Peniaga Acheh Zon Ampang Datuk Dr Eko Indra Jaya, misi bantuan itu adalah kali kedua selepas mangsa banjir di Temerloh dua minggu lalu.