China merekodkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 selepas angka kes di dua wilayah yang sangat teruk dilanda gelombang koronavirus itu jatuh kepada satu digit.-Agensi

BEIJING – China merekodkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 selepas angka kes di dua wilayah yang sangat teruk dilanda gelombang koronavirus itu jatuh kepada satu digit.

Sebanyak 82 kes Covid-19 dilaporkan di China semalam berbanding 124 kes pada hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan.

Wilayah Heilongjiang melaporkan 53 kes baharu.

Tetapi Jilin dan Hebei – dua wilayah China timur laut menyaksikan kenaikan kes dalam beberapa minggu terakhir – masing-masing melaporkan tujuh dan lima kes baharu.

Pihak berkuasa di China telah melancarkan semula langkah agresif bagi termasuk kuarantin rumah, pengurangan perjalanan dan ujian saringan besar-besaran dalam usaha mengekang gelombang Covid-19 di negara ini sejak Mac tahun lalu.

Peningkatan jumlah kes turut membimbangkan menjelang cuti Tahun Baru Cina apabila ratusan juta perjalanan, memaksa pihak berkuasa mengambil langkah-langkah keselamatan.

Sebilangan besar kes baru dikesan di Jilin, Heilongjiang dan Hebei, yang mengelilingi Beijing.

Ketiga-tiga wilayah telah menjalani langkah-langkah paling ketat di China sehingga hari ini.

China merekodkan sebanyak 89,197 kes dengan jumlah kematian 4,636. – MalaysiaGazette