NEW YORK – Kes jangkitan global Covid-19 global melepasi 100 juta pada hari Selasa, menurut Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti Johns Hopkins.

Jumlah kes jangkitan yang direkodkan adalah sebanyak 100,032,461, dengan jumlah kematian di seluruh dunia 2,149,818.

Amerika Syarikat melaporkan paling banyak kes dan kematian di seluruh dunia, masing-masing berjumlah 25,362,794 dan 423,010.

India mencatatkan 10,676,838 kes, kedua tertinggi di dunia, diikuti Brazil 8,871,393 kes dan jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 217,664.

Negara dengan lebih daripada 2 juta kes juga merangkumi Rusia, Britain, Perancis, Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia, sementara negara-negara lain dengan lebih daripada 50,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia, menurut CSSE.

Jumlah kes jangkitan global pula mencapai 50 juta pada 8 November 2020 dan jumlah kes meningkat dua kali ganda hanya dalam masa dua setengah bulan.

Amerika Syarikat masih kekal menjadi negara yang paling parah dengan jangkitan Covid-19, merangkumi lebih daripada satu perempat kes global dan hampir 20 peratus kematian global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast