Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam PRU-15- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang mempertimbangkan untuk menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam pilihan raya jika pendaftarannya sebagai parti politik tidak berjaya.

Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, untuk memastikan Pejuang dapat bertanding secara sah, pihaknya sedang merundingkan kerjasama dengan Amanah, termasuk menggunakan panji Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, walaupun pendaftarannya ditolak Pendaftar Pertubuhan, tetapi Pejuang tetap akan menghantar wakil dalam pilihan raya umum.

“Kami bukannya mahu mengambil alih atau bergabung dengan parti lain, tetapi kami mahu bekerjasama dengan mereka.

“Ini merupakan salah satu pilihan yang ada dan kami sedang berbincang dengan Amanah, tetapi hal ini belum dimuktamadkan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Mungkinkah Pejuang akan menggunakan panji Amanah untuk PRU15?

BuDitanya sama ada Pejuang akan bekerjasama dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Marzuki berkata: “Tidak, kami berbincang dengan Amanah pada masa ini.”

“Walau bagaimanapun, kami fokus kepada rayuan dengan Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu keputusannya.

“Selain itu, kami juga memfokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan oleh wabak COVID-19,” katanya.

Menurutnya, Pejuang masih belum berbincang mengenai jumlah kerusi dan kerusi mana yang akan ditandingi dalam pilihan raya.

Selain Pejuang, Ikatan Demokratik Malaysia atau Muda merupakan satu lagi parti yang mana permohonan pendaftarannya ditolak pada 6 Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.