LONDON – Kehilangan penyerang sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang dalam dua perlawanan penting sebelum ini terjawab apabila dia sedang menjaga ibunya sakit.
Pada Sabtu lalu, kapten Arsenal itu tidak beraksi selepas kalag kepada Southampton sekaligus Gunners tersingkir dari saingan Piala FA selepas kalah 0-1 kepada Southampton.
Skuad bimbingan Mikel Arteta bagaimanapun membalas dendam apabila mengalahkan Southampton 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
“Saya perlu berada di sisi ibu saya kerana dia sedang berdepan masalah kesihatan.
“Saya berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantunya melalui detik sukar ini.
“Kini kesihatan ibu saya sudah semakin baik,” tulis penyerang berusia 31 tahun itu dalam media sosial.
Arteta sebelum ini berkata, dia mendedikasikan kemenangan ke atas Southampton kepada Aubameyang yang sedang berdepan detik sukar.
Kepulangan penyerang Gabon itu memberi kelegaan buat Arsenal yang bakal menerima kunjungan Manchester United, pada Ahad ini. – MalaysiaGazette