SAYA konsisten menentang penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia. Ia terbukti gagal, tragedi hitam negara. ‘ menang sorak kampung tergadai!’
Saya juga konsisten dan tegas berpendirian, kembalikan FGV kepada Felda. Dasar Kerajaan yang muktamadkan penyenaraian, maka, kerajaan yang mesti bailout .Tidak boleh dolak dalik. Kenapa beban hutang mahu dilonggokkan kepada Felda yang telah sedia terbeban dengan hutang hampir RM10 bilion?
Dengan erti kata lain, samada jaminan sukuk maupun tingkatkan pegangan saham; ia bukan berita gembira buat peneroka dan warga Felda.
Tamatkan LLA. Nyahsenaraikan dari Bursa Malaysia. Struktur semula pengurusan 354 ribu hektar ladang sawit FGV. Melalui urus tadbir yang baik, FGV diyakini akan kembali menjadi penyumbang utama pendapatan Felda seperti dahulu.
Ngo2 Felda telah acapkali kemukakan pandangan dan cadangan bertulis. Bertemu Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin, Tun Daim Zainudin, DS Azmin Ali, Tengku Razaleigh, DS Mustapha Mohamad dan pengurusan tertinggi Felda.
Isunya telah diketahui, maka, apa keutamaan perubahan melalui pelan pemulihan Felda. Model baharu, urus tadbir, penyata hutang, pembangunan hasil bumi, Program Pembangunan Peneroka(PPP), Hasil&ladang, pindaan Akta GSA dan masa hadapan Generasi Baharu Felda.
Sejujurnya, saya kecewa dengan sikap pemimpin politik. Mereka hanya inginkan undi peneroka dengan berbagai janji, selepas itu dikecewakan. Sebagai anak peneroka yang bergelumang sejak 1986, saya terasa mak bapak saya(peneroka)seperti dikhianati dan diperbodohkan. Mungkin persepsi, mereka ‘sekolah atap’, bukan tahu apa apa. Kebanyakannya jadi pak angguk…takkan Kerajaan nak tipu kita(ayat lazim para peneroka)
Masa penyenaraian FGV diumpan ” durian runtuh” RM15 ribu, dipaksa tandatangan sokong FGV,diberi 800 unit melalui pinjaman dengan nilai RM4.55 sesaham, kini, diminta pula sokong jual saham dengan tawaran RM1.30 sesaham.
Siri taklimat mengenainya sedang dibuat di felda seluruh negara. Jika dulu peneroka yang dengar, kali ini majoritinya anak peneroka(pentadbir). Peneroka ramai yang sudah meninggal dunia.
Saya amat mengharapkan, kesedaran dan keinsafan dari anak anak Felda yang latar belakang pendidikan mereka lebih baik.
Kembalikan Felda dan FGV kelandasan yang asal. Teruskan perjuangan demi hak hak peneroka dan warganya.
Datuk Mazlan Aliman
Mantan Presiden Ngo ANAK
Kalau tak silap, kau ni parti baju Oren dulu ni. Apasal masa PH jd gomen ko lesap? Skang bising kat kerajaan lain pulak.