CHERAS – Lebih 100 peniaga pasar pagi Sungai Long disini lega apabila permohonan mereka untuk menjalankan operasi perniagaan mereka dibenarkan sebelum apa-apa kata putus diberikan Majlis Perbandanan Kajang (MKPj).
Menurut pengerusi persatuan Peniaga-peniaga Kecil Bandar Sungai Long, Fanny Lim Foong Kuan pihaknya melahirkan rasa syukur kepada pihak MPKj sedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak peniaga.