GAINSVILLE – Enam maut selepas kebocoran cecair nitrogen berlaku di sebuah kilang ternakan milik Foundation Food di Georgia.
Sebanyak 12 orang lagi termasuk ahli-ahli bomba dimasukkan ke hospital susulan kejadian itu.
Georgia adalah negari yang mengeluarkan hasil ternakan n Gainesville berada di pusat industri.
Punca kebocoran kilang itu berlaku pada hari Khamis, yang sebelumnya dikenali sebagai Prime Pak Foods, sedang disiasat.
Zach Brackett, Ketua Balai Bomba Hall County memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 malam lalu bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan ada mangsa cedera terbakar.
Semasa tiba di tempat kejadian, sejumlah besar pekerja sudah dikeluarkan dari kilang berkenaan.
“Lima disahkan maut di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Seorang jurucakap Pusat Perubatan Georgia berkata, tiga mangsa masih dalam keadaan kritikal.
Lima yang cedera pula termasuk tiga anggota bomba yang mengadu sukar bernafas.
Seorang wakil Foundation Food Group memaklumkan siasatan awal menunjukkan saluran nitrogen telah pecah di dalam kemudahan itu dan kejadian itu disifatkannya sebagai kemalangan tragis.
Mereka yang meninggal termasuk anggota pasukan penyelenggaraan, penyeliaan dan pengurusan, kata jurucakap Nicholas Ancrum.
Nitrogen sering digunakan dalam sistem penyejukan dan tidak dapat dikesan oleh bau di udara.
Namun terhidu gas ini boleh membawa maut kerana ia mengeluarkan oksigen di paru-paru dan boleh menyebabkan sesak nafas. – MalaysiaGazette