KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang didakwa melakukan penderaan termasuklah menyimbah air panas ke atas pembantu rumah warga Indonesia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Pasangan tersebut yang didakwa di empat Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini, atas enam pertuduhan memperdagangkan dan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa yang berusia 26 tahun.

Suspek, seorang penguasaha besi buruk, Lim Tuan Ann, 42, serta isterinya, Lim Siew Lan, 41, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Kesemua pengakuan tidak bersalah itu telah dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin, Hakim Mahyon Talib, Hakim Izralizam Sanusi dan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan, Tuan Ann serta Siew Lan didakwa memperdagangkan bagi eksploitasi pengabdian dan pengabdian menggunakan kekerasan terhadap gadis malang di rumah mereka di Taman Batu, Sentul 24 November tahun lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu di tiga Mahkamah Sesyen, Siew Lan didakwa atas empat lagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa di lokasi sama antara 1 Ogos dan 13 November 2020.

Jika sabit kesalahan wanita itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun denda serta sebat.

Kes itu telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli dan Mohamad Shahrizzat manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, R Sivaraj.

Hakim Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan Tuan Ann dan Siew Lan masing-masing diikat jamin RM12,000 serta 48,000.

Selain itu syarat tambahan telah dikenakan ke atas pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sebutan kes itu telah ditetapkan pada 19 Februari depan.

Sebelum ini, polis menyerbu rumah pasangan terbabit selepas mendapat laporan berhubung penderaan terhadap mangsa yang penuh satu badan.

Hasil serbuan itu juga polis merampas bahan-bahan yang dipercayai telah digunakan ke atas mangsa termasuklah pisau, gunting, periuk, kerusi yang telah bekerja sejak 13 bulan lepas. –