KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama sedang menjalankan siasatan terhadap satu klik video yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu melafazkan syahadah yang pelik.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, pihak berkuasa itu ketika ini turut merencanakan tindakan berhikmah ke atas kumpulan terbabit yang dikatakan cuba melahirkan agama baharu.
Kata beliau, kumpulan itu dikatakan berusaha untuk melahirkan agama baharu yang dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ dengan mencipta lafaz “Ila ha ila rai la ma” dan disambung dengan pengakuan “Aku Melayu” sebanyak tujuh kali.
“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu dan menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam arab, lalu mereka membawa Islam Melayu.
“Insya-Allah, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.
“Bagi agensi dakwah seperti Yadim pula, kita sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian akidah serta fikrah,” katanya menerusi akaun Facebooknya, hari ini.
Ketika ini tukar satu klik video berdurasi 3:32 saat yang memaparkan seorang wanita memalu alat gendang (gong) yang dipegang seorang lelaki dengan lafaz “Ila ha ila rai la ma”, serta dua lelaki lagi duduk bersipuh seperti mengangkat sembah.
Nasrudin turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu terbabit.
“Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat.
“Saya sendiri pernah mengenali beliau sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar,” katanya. – MalaysiaGazette
Agama Melayu Nusantara ajaran Wali Songo biasalah mengada-adakan innovasi atau perkara baru dalam agama yang tiada contoh dari Salaf, kan?
Pbila lebai dok gasak jwtan habuan tiada Hudud spt yg dilaung2kan lahirlah bermcam2 agama baru.. Sblom ni kt kuantan bekas ahli pas buat agama baru jugak.. Haishhh