Seramai lebih kurang 25 peniaga Pasar Pagi Sungai Long telah membuat laporan terhadap Ahli Majlis Perbandaran kajang (MPKj) Khoo Khim Kan, kerana didakwa menyalahgunakan kuasanya.
Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Bandar Sungai Long, Fanny Lim Foong Kuan berkata, beliau berharap laporan polis yang dibuat oleh mereka sejak semalam akan dapat membantu para peniaga di situ agar dapat terus beroperasi.