Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini, akan ditutup sementara mulai esok, hingga 2 Feb untuk membolehkan kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

JOHOR BAHRU – Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini, akan ditutup sementara mulai esok, hingga 2 Feb untuk membolehkan kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Pejabat Menteri Besar Johor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, berikutan itu semua temu janji akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan manakala orang ramai yang mempunyai urusan penting boleh menghubungi pegawai-pegawai yang berkenaan.

“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi bersama-sama memerangi pandemik COVID-19.

“Sentiasa memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitiser serta kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast