Krishna Kumar (kiri) dan Reezal Merican Naina Merican.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Gim Malaysia (PPGM) merayu kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya gimnasium dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Presiden Penajanya, Krishna Kumar berkata, bagi pengusaha gimnasium, sumber pendapatan adalah dari pengunaa alatan secara langsung oleh pelangan bukan seperti perniagaan lain yang boleh menggunakan kemudahan atas untuk meneruskan perniagaan.

Jelas beliau, walaupun pendapatan peniaga lain juga berkurangan berbanding jualan terus tetapi mereka masih mempunyai sumber pendapatan manakala pengusaha gimnasium pula dengan tiada pilihan lain untuk menerusan perniagan dan ini menyebabkan pendapatan golongan itu hilang 100 peratus dan liabiliti tidak berkurangan sepanjana PKP ini.

“Terdapat banyak perniagaan lain yang dapat beroperasi seperti biasa walaupun dikatakan PKP,atas konteks perusahan atau perniagaan kecil-kecilan dan pandu lalu sahaja.

“Kami bukannya pengusaha besar-besaran sahaja, sebahagian besar dari kami adalah perusahaan gim kecil-kecilan yang mempunyai minat mendalam bidang kesihatan diri dan sukan bina badan.

“PKP ini telah menjejaskan sumber pendapatan kami secara mendadak yang akan menyebabkan perusahan kami ditutup dan sumber pendapat terakhir adalan dari menjual alatan gim untuk menbayar hutang sewa bangunan yangh tertangguh dari PKP pada Mac 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Satu petisyen PPGM yang disertai seramai 350 pengusaha-pengusaha gimnasium dengan tandatangan digital yang dikumpul secara online dan disokong oleh 3,230 pengguna gimnasium, atlet dan orang ramai telah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kumar menambah, pihaknya juga telah mengambil beberapa langkah tambahan dari SOP yang sedia ada untuk mengelakkan dari menjadi kluster ini melalui prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, antara SOP tambahan yang dipersetujui semua pengusaha apabila tiada latihan peribadi berkumpulan dan tiada latihan berkumpulan serta nombor ahli yang hadir ke gimnasium dihadkan.

Kata beliau, selain itu, dua helai tuala akan disediakan untuk setiap ahli dan masa berada di gimnasium dihad selain pengusaha perlu engan PPGM dan KSB serta mendaftar dengan QR kod Mysejahtera.

“PPGM juga akan membentukjawatankuasa bagi kuatkuasakan SOP dengan lebih ketat dan membuat pemantauan berterusan memastikan SOP diikut rapat menerusi spot check,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast