FGV

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada Felda bagi tawaran pengambilalihan saham FGV, menjelaskan saham itu dibeli pada Selasa.

Menurutnya, pembelian itu turut merangkumi kesemua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Dis, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV, meningkatkan pegangan dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast