Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad baharu sahaja selesai membayar baki wang jaminan tambahan sebanyak RM700,000 sebentar tadi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan lebih dua dekad itu tiba sekitar jam 10.36 pagi bersama-sama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid kelihatan tenang dan sesekali tersenyum menyapa orang sekeliling.