Jemaah masjid mematuhi SOP bersolat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter, berkuatkuasa esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah solat fardu lima waktu diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter.

“Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebenaran itu dilakukan selepas Jawi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung perkara tersebut.

Menurut Mohd Ajib, Katanya, semua ketetapan itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat selaras nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast