Pusat tenaga angin di Copenhagen. foto agensi

COPENHAGEN – Denmark semalam telah meluluskan rancangan untuk membangunkan sebuah pulau buatan di Laut Utara di negaranya dan menggunakannya sebagai hab tenaga bersih.

Menteri Iklim dan Tenaganya,  Dan Jørgensen berkata, pulau tersebut dikelilingi oleh turbin angin luar pesisir dengan kapasiti 10 gigawatt yang mampu disalurkan sehingga 10 juta isi rumah.

“Selain itu, ia juga akan membekalkan elektrik kepada jutaan isi rumah dan hidrogen hijau yang akan digunakan dalam perkapalan, penerbangan, industri dan pengangkutan berat,” katanya.

Kesepakatan itu dibuat ketika Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan rancangan untuk menukar bekalan elektrik di blok itu.

Blok itu telah menyasarkan untuk bergantung pada tenaga yang boleh diperbaharui dalam satu dekad sambil meningkatkan kapasiti tenaga angin luar pesisirnya sekitar 25 kali. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast