KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,847 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini dengan 1,692 kes sembuh.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 186,970 dan jumlah keseluruhan kes jangkitan virus itu meningkat kepada 238,721 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 50,894 kes dengan 305 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 139 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tambah beliau, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari itu terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,843 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 12 kematian Covid-19 dilaporkan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 857 kes. – MalaysiaGazette