KUALA LUMPUR – Rakyat wajar menyambut baik langkah kerajaan yang akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.
Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, program yang akan dilaksanakan itu merupakan satu langkah bertepatan dalam menangani wabak Covid-19 yang digeruni di seluruh dunia.
Beliau berkata, apa yang dilakukan itu dapat mencegah rakyat daripada wabak yang boleh menyerang semua peringkat usia dan pencegahan menggunakan vaksin itu mampu melindungi mereka daripada musibah itu.
“Kita semua tahu bahawa program imunisasi ini mempunyai tiga peringkat fasa.
“Jadi, selepas pengumuman dibuat Perdana Menteri baru-baru ini, semua pihak boleh bersedia untuk menerima vaksin yang boleh memberi kesan baik kepada setiap peringkat umur rakyat di negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin tersebut yang akan diberikan secara percuma.
Ia membabitkan tiga fasa dengan yang pertama dijadualkan tamat pada April ini.
Katanya, fasa pertama akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
Fasa kedua pula, akan membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan iaitu berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta golongan orang kelainan upaya (OKU).
Manakala bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
Dalam pada itu, Muhammad Suhaimi menegaskan, agar tidak ada pihak mengambil kesempatan dengan menimbulkan perkara-perkara yang boleh mengelirukam orang ramai berhubung pemberian vaksin tersebut.
Ujarnya, semua pihak perlu melihat perkara itu secara positif dan menerima ia dengan terbuka sama seperti mana mereka pernah mendapat vaksin yang lain sebelum ini. – MalaysiaGazatte
Pasal apakah bilangan para pesakit say Good Bye to Imunisasi vaksin kebal kini meningkat dong?