KUALA LUMPUR – Selangor terus mencatat bilangan kes positif baharu Covid-19 tertinggi dengan 1,481 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, ia diikuti Johor dengan 5,5 kes dan Kuala Lumpur (402 kes), Melaka (329 kes), Sabah (233 kes), Pulau Pinang (211 kes), Negeri Sembilan (133 kes) dan Sarawak (185 kes).
“Selangor terus menjadi negeri tunggal yang mencatatkan kes melebihi 1,000 kes.
“Negeri lain hanya merekodkan kes dua angka kecuali Labuan, Putrajaya, lapan kes dan Perlis, empat kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat 12 kluster baharu dikenalpasti hari ini dengan 11 daripadanya berkaitan tempat kerja serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
“Kluster-kluster itu termasuk Industri Kampung Baru, Jalan Banting-Klang, Gudang Salak Tinggi, Jalan Kuala Selangor, Lingkaran Cyber, Jalan Tun Mutalib, Jalan Istimewa Tujuh, Jalan Bayu Satu.
“Jalan Chester, Tapak Bina Sungai Besi, Gong Nering dan Jalan Kubur Darau,” ujarnya. – MalaysiaGazette