KUALA LUMPUR – Sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan keagamaan yang dinanti-nantikan masyarakat Cina saban tahun namun pastinya kali ini ia diraikan dengan cara berbeza apatah lagi selepas setahun negara dilanda wabak Covid-19.
Kebiasaannya ketika ini merupakan waktu paling sibuk buat kaum Cina membuat segala persiapan akhir seperti membeli kuih-muih, pakaian baharu serta dekorasi rumah seperti bunga dan tanglung.
Petaling Street di ibu negara merupakan antara lokasi wajib dikunjungi untuk berbelanja namun suasana tahun ini nyata berbeza berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.