Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 13 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kluster-kluster baharu yang dikesan itu melibatkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, masing-masing empat kluster dikesan di Selangor dan Johor manakala Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu, Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes.

“Kluster-kluster tersebut adalah Jalan Teknologi, Jalan Sungai Rasa, Tapak Bina Persiaran Mokhtar, Persiaran Hulu, Sri Menanti, Jalan Harmonium, Jalan Cyber Lima, Laman Desaru, Lengkok Pantai, Batu 38, Kampung Tandak, Sebangkoi dan Taman Bukit Petaling,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, dengan penemuan 13 kluster baharu itu, jumlah keseluruhan kluster disebabkan Covid-19 kini mencecah 908 di mana 457 daripadanya telah tamat dan tiga lagi tamat hari ini.

Ujarnya, jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 79 dan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah melibatkan Kluster Industri Serkam (329 kes), Kluster Tanjung Suria (218 kes) dan Kluster Sungai Putus (166 kes). – MalaysiaGazette