Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Selangor melaporkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,196 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklmukan, daripada jumlah itu, sebanyak 986 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 490 kes dan Melaka sebanyak 344 kes, katanya.

“Sebanyak 29 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Sepang 2 (9 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Tembok Renggam (4 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, kes-kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan tujuh kes di Selangor masing-masing tiga kes di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Perak dan Johor serta satu kes di Kelantan, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang.

Tambahnya, sebanyak 21 kes melibatkan warganegara manakala tiga kes lagi bukan warganegara. – MalaysiaGazette