Suspek diiring anggota polis di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang duda mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya.

Tertuduh berusia 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamed Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyentuh kemaluan anak kandungnya berusia tujuh tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10 malam antara 15 November tahun lalu sehingga 20 Januari lalu di dalam bilik sebuah rumah di Butterworth.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, sebatan dan sebagai tambahan Seksyen 16 akta sama boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast