Manchester United melangkah ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan West Ham United 1-0 awal pagi ini.

LONDON – Manchester United melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan West Ham United 1-0 di Old Trafford awal pagi ini.

Perancang tengah, Scott McTominay muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-97.

Pengurus United, Oley Gunnar Solskjaer merasakan pemainnya bertindak balas daripada kekecewaan apabila seri dengan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu.

“Kami perlukan keputusan yang baik dan saya sangat gembira haaari ini kerana kami seolah hilang semangat dalam aksi Ahad lalu.

“Agak sukar untuk menerima keputusan seri itu (EPL),” katanya.

Kapten pasukan, Harry Maguire menyifatkan rakan sepasukannya berjaya menunjukkan aksi yang cemerlang untuk menang perlawanan penting itu.

“Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi malam tadi dan kami akan kekalkan momentum itu untuk perlawanan akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast