Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh set semula atau menukar kata laluan MyBPR masing-masing secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tindakan set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut: –

i. Layari https://bpr.hasil.gov.my > klik Log Masuk;
ii. Klik pada TERLUPA KATA LALUAN;
iii. Masukkan Nombor MyKad dan Klik Semak. Pemohon perlu masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan;
iv. Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan.
v. Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui e-mel yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.
vi. Bagi membantu pemohon melakukan proses ini, Panduan Pengguna Set Semula Kata Laluan boleh diakses di capaian pantas berikut: – https://bpr.hasil.gov.my/Download/PANDUAN_PENGGUNA_SET_SEMULA
_KATALALUAN_BPR2021.pdf

Bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan BPR yang berhampiran.

Pemohon yang ingin hadir ke Kaunter Perkhidmatan BPR di pejabat LHDNM adalah dinasihatkan agar mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (S.O.P) pencegahan penularan wabak Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut:

a) Hotline BPR di talian 1800-88-2747;
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette