NAY PYI TAW, Myanmar – Seorang wanita yang cedera parah ketika menyertai tunjuk perasaan kuasa tentera Myanmar berada dalam keadaan kritikal.
Dia cedera ketika polis berusaha untuk menyuraikan tunjuk perasaan semalam dengan menggunakan meriam air, peluru getah dan peluru hidup di ibu kota Nay Pyi Taw,
Kumpulan hak asasi dan media mendakwa wanita itu ditembak di kepala.
Beberapa kejadian kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam tunjuk perasaan itu selepas polis meningkatan kekuatannya.
Setakat ini belum ada kematian dilaporkan.
Puluhan ribu orang tampil dalam demonstrasi jalanan menentang tentera, yang menggulingkan Aung San Suu Kyi pada minggu lalu.
Suu Kyi telah dipilih secara demokratik.
Tembakan amaran dilaporkan dilepaskan ke udara sebelum peluru getah dilancarkan ke arah orang ramai – tetapi beberapa doktor mendakwa peluru hidup digunakan kepada peserta tunjuk perasaan.
Menurut BBC Burma, yang memetik kenyataan pegawai perubatan dari hospital Nay Pyi Taw, seorang wanita mengalami kecederaan serius di kepala dan seorang penunjuk perasaan lain mengalami kecederaan di dada.
Wanita itu kini di dalam unit rawatan rapi.
Dalam pada itu, demonstrasi dimulakan semula pada pagi tadi, untuk hari kelima berturut-turut dengan sekumpulan besar penjawat awam berkumpul di Nay Pyi Taw untuk memprotes.
Polis menggunakan meriam air terhadap penunjuk perasaan di Nay Pyi Taw kerana para peserta enggan berundur.- MalaysiaGazette